SUNGAI PETANI: Seorang wanita warga emas kerugian RM80,000 apabila rumahnya dipecah masuk dan disamun di Sidam Kiri, dekat sini, awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata dalam kejadian jam 3 pagi itu, tujuh lelaki bertopeng telah bertindak menceroboh masuk melalui pagar belakang sebelum mengumpil pintu dapur menggunakan besi di rumah yang terletak berhampiran ladang kelapa sawit.
Beliau berkata, ketika itu penghuni rumah yang berusia 67 tahun tinggal bersama anak lelaki, menantu dan lima cucunya.
Jelas Zaidi, mangsa yang belum tidur dan berada di dapur kemudian terdengar bunyi kuat di pintu sebelum terkejut apabila melihat tujuh lelaki bertopeng dan bersenjata.
Suspek kemudian mengarahkan mangsa memanggil semua penghuni rumah dan berkumpul bersama anak, menantu serta lima cucu di dalam sebuah bilik.
“Salah seorang dari suspek mengacukan parang di leher cucu lelaki yang berusia 14 tahun sebelum mengugut supaya menyerahkan semua barangan berharga.
"Mangsa, anak dan menantu kemudian menyerahkan wang tunai dan barang kemas dianggarkan bernilai RM80,000.
“Suspek kemudian mengikat mangsa sebelum beredar dan sempat memberi amaran akan membunuh mereka jika kejadian itu dilaporkan atau suspek ditahan polis," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Antara barang disamun dalam kejadian itu adalah 12 utas rantai dan gelang emas, telefon pintar, tabung serta wang tunai dan pelbagai barangan berharga lain.
Zaidy berkata, suspek juga tidak mengetahui mangsa yang disamun merupakan ibu kepada seorang pegawai polis bertugas di Pulau Pinang.
Ujar beliau, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut kejadian itu dan pemeriksaan mendapati suspek turut mengambil alat perakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam rumah berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Astro Awani
Mon Dec 12 2022
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata dalam kejadian jam 3 pagi itu, tujuh lelaki bertopeng telah bertindak menceroboh masuk melalui pagar belakang. - Astro AWANI
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Jualan kenderaan baharu meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Analisis perdagangan: Imbangan dagangan menurun, jumlah dagangan meningkat
Jumlah dagangan menunjukkan peningkatan 12.1 peratus daripada RM197.8 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM221.7 bilion dipacu oleh kenaikan import 15.6 peratus, mencecah RM107.0 bilion dan eksport 9.1 peratus, mencecah RM114.7 bilion. Bagaimana ini mencerminkan kesihatan ekonomi semasa?
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Tiga ahli Geng Bacin direman tujuh hari bantu siasatan samun tiga kedai
Tiga anggota Geng Bacin direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan tiga kes rompakan sekitar Melaka Tengah pada Isnin dan Selasa lepas.
Lebih dua suspek dipercayai terlibat kes samun Akhyar Rashid
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata ia berdasarkan keterangan mangsa.
Polis buru dua lelaki samun kedai runcit
Polis memburu dua lelaki disyaki terlibat kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit di Kebun Baru, Telok Panglima Garang.
2 rakan didakwa samun RM242,222 dengan guna pisau pemotong kertas
C. Sureshkumar, 33, dan N. Siralan, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi.
Perompak maut dilanggar mangsa, polis buru 2 rakan larikan diri
Cubaan rompak tiga lelaki gagal apabila seorang daripada mereka maut selepas dilanggar oleh mangsa di sebuah farmasi di Kuala Kedah, di sini pada Selasa.
Suspek kes samun wanita di Kota Kinabalu dalam video tular ditahan - Polis
Polis telah menerima laporan mengenai kejadian samun melibatkan wanita itu, yang berlaku pada 6.30 pagi Jumaat, di lorong belakang sebuah bank.
Menyamar penjual susu lembu sebelum samun rantai emas
Polis sedang memburu seorang lelaki yang menyamar sebagai penjual susu lembu yang dipercayai terlibat dengan kes samun membabitkan kehilangan dua utas rantai emas milik seorang tukang jahit.
ASP, Sarjan ditahan disyaki terlibat kes samun
Seorang pegawai polis berpangkat ASP dan seorang Sarjan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun membabitkan kerugian berjumlah RM5,150.
Lelaki, bekas isteri antara empat ditahan terlibat samun dan pecah kedai
Seorang lelaki dan bekas isterinya antara empat individu ditahan dipercayai terlibat beberapa kes samun dan pecah masuk kedai di sekitar daerah ini dan Mersing serta Rompin di Pahang.